αɴιѕ;

ANIS SYAHIRAH. 17 Y/O.
RARELY ONLINE. HEWHEW


© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
hello, i'm back. again?
Sunday, December 10, 2017 | 0 comment[s]


Assalamualaikum.

Hello my readers kesayangan! How you been? My last post pun beberapa bulan lepas hahaha. For your information, aku dah habis SPM dua minggu lepas. oh yeah! Sekarang ni memang masa untuk mereput kat rumah lah jawabnya. Jangan tanya pasal SPM, aku takde mood sangat nak cakap benda yang dah lepas ni hewhew.

   Aku tak janji sangat aku boleh kembali mengarang kat blog ni selalu, sebab aku sekarang tak rajin macam dua tahun lepas hihi. Setakat sekali seminggu, hm belum tentu rasanya. Walaupun masa sekarang banyak gila berbanding sebelum ni, social media yang lain lagi menarik bagi aku hahaha. Tengok gambar kat atas pun dah terang-terang aku masih minat korean pop. Apa lagi, memang aku duk layan kpop jela cuti ni wiwiwiwi okay gurau je. Kadang-kadang aku layan jugak benda lain macam korean drama kee.

   Lepas je paper kimia, esok tu terus aku pergi ceramah memandu. anis is getting her driving license yall . Bosan juga lah sebab kawan aku takdak sorang pun huhu sedih aku. Pergi surau pun sorang, pergi makan sorang. Lonely soul betul aku hari tu hahaha. Habis ceramah pukul 3. Lepas cop jari semua, balik rumah yeay!

   4 Disember. Lepas seminggu habis SPM, my batch telah buat dinner pada hari tersebut. Diorang rancang before SPM lagi. Gigih kan diorang? thank you fam, love you muahs. Nanti aku buat post asing untuk dinner tu okey. Kalau boleh aku nak cerita banyak-banyak sikit. Aku cerita sekarang kan, takot korang taknak baca sebab panjang sangat puleks,

   2 hari je lepas dinner tu, aku ada ujian komputer untuk dapattkan lesen L. ada lesen L baru boleh belajar bawak kete. Pagi tu siap-siap, ingatkan nak buat test pukul 9. Sampai je tengok orang dah penuh sampai ke luar. Masuk tu cuak juga lah, dah lah ayah aku takleh masuk, kawan pun takde. mujur aku boleh survive hari tersebut >.<  Tanya orang kat dalam, kena letak IC dulu, nanti dia panggil. Lama juga lah nak masuk untuk test tu. Kat sejam aku tunggu. Awal-awal ramai orang sampai tak boleh duduk. Ada kosong terus aku duduk. Tak kesah tepi orang laki sebab takkan nak berdiri kat laluan orang nak lalu. Sumpah hari tu aku rasa, ahh lantak lah duk tepi laki ke pondan ke janji aku nak cepat-cepat habis, nak balik. Lepas je staff bertugas panggil nama, cop jari semua, pastu pergi jawab soalan.

   Mula-mula masuk tu, Ya Allah lega rasanya hahahah anxiety is the reason I was like this. Masukkan IC semua, fuh dengan relaxnya aku jawab soalan. Alhamdulillah, sebabkan aku dah try jawab soalan-soalan KPP tu kat application dalam phone, aku lulus!! ohyeahh. Aku salah dua dekat bahagian C, hasilnya aku dapat 48/50. Nak lulus 42/50. Sejujurnya aku study last minute like I always do before hahahahah. Malam nak test tu baru aku study dengan gigih jawab 400+ soalan. Tak sia-sia juga lah tido lewat malam tu jawab soalan sampai sakit mata lol jangan tiru aksi ini yaa anak-anak, tak elok untuk kesihatan anda. 

   Sekarang aku tengah tunggu dapat lesen L. Then, boleh lah nak teruskan pembelajaran memandu saya. hahahhaha

   Semoga kita berjumpa lagi di post akan datang! Bye
CREDIT